Skip to main content
Jawapan Parlimen

27 Mac 2014: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENDIDIKAN]

By 2 April, 2014February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 27 MAC 2014 (Khamis)
SOALAN : No. 53

YB Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:

A. Tindakan Kementerian dalam meringankan beban kerja guru-guru berikutan penambahan kertas kerja yang memerlukan pelengkapan data di dalam sistem pengurusan sekolah dan

b. kos serta hasil laporan keputusan projek perintis PBS sebelum sistem ini dilaksanakan secara meluas di seluruh negara

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

A. Dalam usaha meringankan beban kerja guru-guru termasuk tugasan melengkapkan data dalam sistem pengurusan sekolah selain melaksanakan integrasi data maklumat murid, pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Pendidikan pada 19 Mac 2014 mengenai penambahbaikan pelaksanaan PBS telah dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan

B. Kos keseluruhan termasuk pelaksanaan rintis PBS sehingga penghujung 2013 adalah sebanyak RM24 juta yang melibatkan perbelanjaan bagi;

i) Latihan guru sekolah menengah seramai 102,000 guru tingkatan 1, 2 dan 3 ; manakala 336,000 guru sekolah rendah bagi tahun 1,2,3 dan 4

ii) Penyediaan pakej Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS

iii) Pembinaan item pentaksiran pusat dan

iv) Penataran PBS