Skip to main content
Parliament

26 Jun 2013: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENGANGKUTAN]

By 26 June, 2013February 18th, 2020No Comments

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 26 Jun 2013 (Rabu)
SOALAN : 38

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) tarikh sebenar pembukaan KLIA 2 dan nama kontraktor yang mengakibatkan kelewatan; dan

(b) kesan kelewatan ini terhadap keuntungan MAHB serta jumlah keseluruhan sebenar pembinaan KLIA 2 dan bila audit bebas akan mula dijalankan ke atas keseluruhan projek KLIA 2

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,
a) Tarikh pembukaan KLIA2 adalah pada 02 Mei 2014 dan syarikat yang mengakibatkan kelewatan membina KLIA2 ialah UEMC-Bina Puri JV.

b) Setakat ini, kelewatan KLIA2 tidak menjejaskan keuntungan MAHB kerana ianya tidak ada kesan pada urusan perniagaan syarikat MAHB. Kelewatan tersebut juga tidak menjejaskan operasi di mana syarikat masih mengekalkan ‘Triple A’ rating. Ini bermakna syarikat ini masih berada di kedudukan kewangan yang baik oleh agensi penarafan ‘RAM Rating Services Sdn Bhd’.