Skip to main content
Parliament

Jawapan Soalan Bertulis- isu kanak-kanak tanpa dokumen diri (Stateless Children)

By 25 December, 2009February 18th, 2020No Comments

Soalan

Puan Nurul Izzah Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:

a) hasil kajian “Pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di Malaysia” (“Stateless Children”). Sila senaraikan jumlah kanak-kanak tanpa dokumen mengikut negara asal, jantina dan umur; dan

b) langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan kanak-kanak ini tidak terus tercicir dari sistem pendidikan negara.

Jawapan
Tuan Yang di-Pertua
Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah sewajarnya dalam usaha menangani masalh kanak-kanak tanpa dokumen. Sehubungan itu, KPM melalui Surat pekeliling Ikhtisas 1/2009 bertarikhg 11 Mac 2009 telah mengeluarkan arahan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan slah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengeshan atau surat perakuan daripada ketua kampong.
Bagi kanak-kanak yang bukan warganegara pula, KPM menghargai sumbangan kementerian-kementerian lain dan pihak NGO dalam usaha menangani isu pendidikan golongan pelarian dan pemohon perlindungan. Walau bagaimanapun, pada masa ini, kerajaan masih mengkaji secara terperinci implikasi sekiranya kanak-kanak dari golongan ini diterima masuk untuk belajar di sekolah kerajaan. Sehubungan itu, satu kajian menyeluruh berkaitan “pendidikan Kanak-kanak tanpa Dokumen pengenalan Diri di Malaysia” telah dijalankan oleh KPM. KPM sedang meneliti dapatan kajian bagi mencari alternative yang bersesuaian untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak tersebut.
Namun,pada masa ini kanak-kanak tersebut mendapat pendidikan yang disediakan oleh pihak NGO dan sukarelawan dari kaum pendatang dengan kerjasama UNHCR. Agensi kerajaan juga ada menyediakan pendidikan seperti yang dilakukan oleh pasukan petugas khas perseketuan (sabah dan Labuan), majlis keselatan Negara dan angkatan tentera Malaysia bagi kanak-kanak tenpa dokumen di sabah dan Labuan.