Skip to main content

13909444_10154395622422418_8514939992484288163_o

Salam hormat teman-teman,

Saya berpeluang menjadi tetamu di dalam rancangan temubual ‘Obviously Harith Iskander’ bersama Tun Musa Hitam dan Alex Yoong di bawah kelolaan Astro Awani.

Bayangkan sekiranya semua media perdana memberi ruangan kepada ahli politik tidak mengira fahaman politik – tentunya bakal memperkayakan ruangan diskusi serta debat ke arah membentuk rakyat yang bermaklumat serta kerajaan yang telus dan dipertanggungjawabkan.

Antara tajuk perbincangan menyentuh isi kandungan buku Tun Musa Hitam berjudul ‘Frankly Speaking’ yang menyelak tabir kepimpinan golongan kleptokrat dalam membantu kita memahami keparahan salah urus tadbir yang mengesankan masa depan.

Sementara mantan pemandu litar perlumbaan F1 Alex Yoong berkongsi pengalaman singkat beliau selaku pedoman bagi generasi pemandu litar perlumbaan seterusnya.

Saya berpendapat juga rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) memberi satu persada baru dwipartisan dalam media Malaysia.

Selamat menonton rancangan #OHI #AstroAwani dengan pesanan akhir saya Beranikah Yang Lain?

Sila klik pautan di bawah:
Episod Penuh – http://www.obviouslyharith.com/video-detail/123235

Klip Pendek – https://www.facebook.com/nurulizzahanwar/videos/10154403853562418/

Ikhlas,

Nurul Izzah Anwar