Skip to main content
Issues Affecting the RakyatSosio Ekonomi

Rundingan pembelian konsesi air Negeri Selangor

By 22 March, 2009February 18th, 2020No Comments

Saya akan merungkai secara ringkas isu pembelian hak konsesi air negeri Selangor.

Buat masa ini, terdapat dua pihak yang ingin membeli hak konsesi pengendalian air di Selangor, yakni:

  1. Kerajaan Pusat
  2. Kerajaan Negeri Selangor

Kedua-dua pihak diatas telah menghantar ‘proposal’ masing-masing kepada syarikat pengendali air. Di dalam dokumen tersebut, terdapat beberapa isu penting yang ingin saya utarakan:

Jika pihak kerajaan pusat berjaya membeli hak konsesi air, maka berikut akan terjadi:

  • Tarif air akan naik 31%
  • Tawaran harga kerajaan pusat akan melansungkan hutang sebanyak RM 6.4 billion
  • Tiada lagi air percuma untuk 20 kubik meter pertama

Jika pihak kerajaan Negeri Selangor (naungan Pakatan Rakyat) berjaya membeli hak konsesi air, maka:

  • Tarif air akan TURUN sebanyak 25%
  • Air percuma (20 kubik meter pertama) akan diteruskan.
  • Harga kontrak jauh lebih murah berbanding Kerajaan Pusat.

Syarikat Bekalan Air Selangor [syabas] merupakan antara salah satu syarikat perkhidmatan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan. CEOnya, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji sebanyak RM 425,000/- sebulan (RM5.1 juta setahun).

Adakah ini wajar?

Saya kira kita punya tanggungjawab sosial untuk menjelaskan kebenaran-kebenaran ini kepada rakyat. Biar mereka menilai tawaran mana memberi kesan terbaik untuk rakyat terbanyak.