Skip to main content
Human Rights

RUU Hak Asasi Manusia

By 24 March, 2009February 18th, 2020No Comments

human-rights-2Terima kasih Datuk YDP kerana memberi laluan untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang Undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi MAnusia 1999 (SUHAKAM)

Kalau bercakap tentang masa yang terhad dan suntuk dalam menjawab kepada ICC –dan rakan saya YB daripada Subang sudah menjelaskan latar belakang kepada pindaan ini.

Mengikut International Coordinating Committee of National Institutions for the Promotion and Protection of Human Rights (ICC), SUHAKAM diberi masa setahun untuk menjawab kenapa badan tersebut tidak harus di downgrade kan dari A ke B. Realiti ini disebabkan prose’s review serta akreditasi SUHAKAM yang tidak selari atau mengikut Prinsip Prinsip Paris –paris principles. 

Setahun masa diberikan, Datuk YDP bukannya seminggu. Antara kelemahan utama merupakan cara kerajaan melantik pesuruhjaaya Suhakam. Ditambah  pula oleh rekomendasi yang dibuat oleh beberapa Negara dalam persidangan sesi hak asasi manusia yang baru sahaja berlangsung di Geneva, ynag menekankan kepada keperluan SUHAKAM mengikut garis panduan Paris Principles.

Paris Principles telah menyatakan kepentingan kewujudan institusi-institusi nasional dalam usaha mempromosi serta melindungi hak asasi manusia.

In the Vienna Declaration and Programme of Action, in which the World Conference on Human Rights reaffirmed the important and constructive role played by national institutions for the promotion and protection of human rights.

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 8, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah diri kamu penegak (kebenaran) dan saksi dengan (penuh) kesaksamaan (adil). Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. (Oleh itu) laksanakan keadilan kerana ia lebih hampir kepada ketaqwaan dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa jua yang kamu lakukan.”

Rasulullah bersabda dalam hadith riwayat Abu Ya’la, bermnaksud:

Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari kiamat kelak ialah pemerintahan yang zalim.

Fungsi ‘national institutions‘ atau institusi nasional di negara Malaysia, adalah sebagai badan pemantau bagi mana-mana pemerintahan yang melakukan kezaliman.

Justeru, Suhakam punyai peranan besar menggalas tanggungjawab mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia. 

Datuk YDP, saya pergi kepada pindaan secara spesifik:

Dalam pindaan ini, ada dua perubahan yang dilakukan, iaitu tempoh pelantikan pesuruhjaya dan jawatankuasa untuk menilai dan memilih pesuruhjaya. Kelebihan: (berbanding sebelum ini)

1. Seseorang pesuruhjaya hanya akan kekal hingga dua penggal (setiap 3 tahun). berbanding sekarang ada pesuruhjaya yang hampir 5 penggal (setiap dua tahun)..

2. Ada kemungkinan pesuruhjaya akan lebih berani, vocal, dan critical terhadap mana-mana isu hak asasi manusia.

3. Perlantikan pesuruhjaya di kalangan orang yang mempunyai pengalaman pratikal dalam hak asasi manusia. berbanding sekarang, sesetengah yang dilantik tanpa melihat background hingga ada yg tiada maklumat pengetahuan tentang hak asasi manusia.

Seterusnya saya pergi kepada Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam pindaan ini:

human-rightsAntara Persoalan yang  ditimbulkan:

1.    Mengapa perlu dikekalkan 20  orang pesuruhajaya yang boleh dilantik pada satu-satu masa. Nombor tersebut boleh dikurangkan jikalau pesuruhjaya dilantik sepenuh masa? Amalan sekarang, pesuruhajaya hanya dilantik part time sahaja. Bila full time basis, para pesuruhajaya akan lebih komited dan akan menumpukan pada bidang kerja mereka. Sekiranya, kerajaan mengurangkan nombor pesuruhjaya ini, perbelanjaan pembayaran gaji pesuruhjaya juga akan dikurangkan. amalan sekarang, kerajaan membelanjakan lebih RM 1 juta setahun untuk gaji para pesuruhjaya? Saya pohon kerajaan menyatakan kos keseluruhan penyelenggaraan SUHAKAM dari tahun penubuhannya sehingga lah hari ini. Kalau kita mengikut jejak langkah negara ASEAN lain yang mengamalkan sistem yang sama dimana ada pesuruhjaya dilantik secara FULL TIME basis, kita mampu menjimat kos penyelenggaraan terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.

2. Jawatankuasa pemilihan pesuruhjaya. Apakah rasional meletakkan pengerusi suhakam sebagai salah seorang ahli j/kuasa terbabit? Apabila pesuruhajaya tahu yang pengerusi terlibat dalam pemilihan semula perkhidmatan mereka setelah tamat penggal pertama, ada kemungkinan pesuruhjaya akan rasa diawasi dan perlu mendengar segala arahan pengerusi. contohnya sekiranya ada pesuruhjaya yang vocal dan punyai pandangan berbeda dengan pengerusi.

Kita perlu faham bahawa seseorang pengerusi juga akan dinilai dan perlu dipilih semula selepas 3 tahun. Maka bila pengerusi juga turut serta di  dalam j/kuasa pemilihan,  akan wujud conflict of interest. Saya pohon dipertimbangkan aspek ini.

Kalau mahu lebih keterbukaan dalam pemilihan ahli2 pesuruhjaya, kita boleh ambil  contoh negara dimana mereka sangat terbuka dalam pemilihan pesuruhjaya adalah Australia. Dimana kerajaan mengiklankan jawatan tersebut di dalam surat khabar dan orang yang berkelayakan boleh memohon. Dan akan ada satu j/kuasa pemilihan yang menerima, menemuduga dan memilih pesuruhajaya. Kita sedia maklum, Tun Musa Hitam bagaimana Tun Musa Hitam boleh dilantik sebagai Pengerusi sedangkan beliau terlibat dalam tragedi Memali pada 19 Nov 1985.

Manakala Pengerusi sekarang, Tan Sri Abu Talib terlibat dalam isu operasi Lalang tahun 1987. Semua merupakan kes-kes jelas pelanggaran hak asasi manusia –yang melibatkan pengerusi 2 yang sedia ada. Jadi rasional melibatkan seksyen baru 11A , di bawah 4 a) bahawa anggota jawatankuasa tidak boleh berdaftar dengan mana-mana ahli parti politik. Maksudnya apa, kalau terbukti mereka ahli parti politik?

Lebih penting dan wajib jikalau mereka tidak terlibat dalam mana mana pelanggaran hak asasi. Itu hak seseorang warganegara Negara demokratik. –di bawah artikel perlembagaan –freedom of association. 
Sedangkan Ketua Hakim Negara juga merupakan ahli UMNO. Tapi kerajaan tidak memaksa beliau keluar parti demi menjaga prinsip-prinsip ketelusan.

Datuk YDP, kalau masih wujud kekeliruan dalam aspek hak asasi manusia ini, saya ingin tekankan prinsip pengasingan kuasa diperkukuh oleh prinsip keabsahan undang-undang atau legitimasi hukum. Dalam bahasa arab disebut Mabda al-Syar’iyah. Dalam bahasa ahli undang-undang kita lumrahnya disebut sebagai Rule of Law.

Prinsip ini diketengahkan untuk melindungi hak-hak sivil dan awam dari diperkosa oleh pemerintah yang cenderung untuk menyalahgunakan kuasa mereka. Prinsip ini sebenarnya bergandingan dengan prinsip kedaulatan ummah (Sovereignity of Ummah) digandingkan dengan karamah insaniah. Akan tetapi ternyata prinsip prinsip ini semua pun masih lemah untuk berdiri tegap di hadapan penguasa yang rakus kuasa, harta dan martabat. 

Justeru, pindaan ini memberi sedikit harapan kepada masyarakat mengenai perlantikan ahli SUHAKAM, tetapi yang lebih penting adalah kesediaan kerajaan memartabatkan SUHAKAM sendiri dengan menerima cadangan -cadangan yang dibentangkan oleh Suhakam.

Setakat ini  yang tidak diambil kira oleh pihak kerajaan:

Pertama: SUHAKAM sendiri memberi rekomendasi supaya ISA dimansuhkan dan sebuah undang2 anti keganasan yang lebih relevan bersesuaian dengan keadaan sekarang diluluskan. Apa pendirian kerajaan dalam hal ini?

Kedua: SUHAKAM juga menggesa kerajaan mewujudkan Independent Police Misconduct and Complaints Commission,  IPCMC antara banyak sebab termasuklah laporan mengenai penyalah gunaan kuasa oleh polis seperti insiden 27 May 2008 di Persiaran Bandar Mahkota Cheras.

Justeru , tidak perlu berdolak dalih , menyatakan kononnya kita ini tidak boleh meniru barat sedangkan rekomendasi yang dibuat oleh SUHAKAM badan dalam Negara sendiri diengkari. Saya tidak yakin RUU hari ini akan mengubah reality suram ini. Kerajaan wajib menggandingkan pindaan hari ini, yang dibuat begitu tergesa gesa dengan daya politik, ataupun political will memperkasa SUHAKAM dengan melaksanakan rekomendasi2 nya.

Sekian, Datuk YDP terima kasih.