Skip to main content
Issues Affecting the RakyatSosio Ekonomi

Segerakan Mekanisme Pembayaran Bulanan Secara Tetap Kepada Penoreh Getah – Guarantee Monthly Minimum Income for All Rubber Tappers​

By 22 March, 2016February 5th, 2021No Comments

Malaysia adalah negara ke-6 mengeluarkan hasil getah dunia selain Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan India. Negara kita masih lagi pengeluar utama bahan perubatan berasaskan getah seperti sarung tangan untuk pemeriksaan dan pembedahan. Barangan ini sahaja telah memenuhi lebih 50 peratus permintaan pasaran antarabangsa.

Negara kita memperoleh hasil daripada eksport getah sebanyak RM 15 Billion setahun[1]. Malaysia dilihat sebagai mengungguli produk getah dengan 94 peratus pengeluaran getah asli dihasilkan oleh 250,000 pekebun kecil getah. Malangnya, penoreh getahlah yang paling terkesan dengan penurunan harga getah asli serta kebergantungan kepada harga semasa yang semakin menurun.

Akhbar Malay Mail Online melaporkan penoreh getah di kawasan Kaki Bukit mengalami kesukaran apabila penurunan harga getah ke RM 1.60 secawan per kilo di semenanjung dan RM1.30 secawan per kilo di Sabah Sarawak[3]. Tren penurunan harga getah ini antaranya memberi impak kepada kekurangan zat nutrisi penduduk di sekitar Baling yang rata-ratanya menoreh getah sebagai sumber pendapatan utama [4].

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk memastikan penoreh getah kecil-kecilan mampu hidup di atas paras kemiskinan dan jualan getah dibeli dengan lebih tinggi.

Namun demikian, insentif ini hanya diberikan apabila harga getah asli secawan jatuh kurang daripada RM 2.20 secawan iaitu RM1.75 kepada RM1.80 [5]. Bahkan, aduan yang diterima menunjukkan skim ini memerlukan masa lebih daripada 30 hari daripada tarikh permohonan dan tempoh 14 hari sementara menunggu wang insentif dikreditkan ke dalam akaun.

Di sinilah kelihatan jelas permasalahan utama skim ini adalah apabila skim ini hanya memastikan bahawa pendapatan penoreh getah ini akan berada di atas paras kemiskinan iaitu pada RM 763 yang boleh dikatakan sangat rendah di Semenanjung.

Thailand merupakan negara contoh yang membeli harga getah asli daripada penoreh dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Peruntukan yang diberikan kepada kerajaan Thailand adalah sebanyak 13 Billion Baht ( RM3.64 billion ) untuk membantu penoreh getah dalam menghadapi penurunan harga getah dunia. Tambahan, jumlah subsidi yang disasarkan 1,500 baht per rai (1600 meter persegi ) – lebih tinggi daripada 1250 baht yang diminta setiap oleh penoreh getah di Thailand. Peruntukan Thailand jauh lebih lumayan dibandingkan dengan belanjawan Malaysia 2015 yang memperuntukkan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG ).

Justeru, saya menyeru agar wujud solusi jangka masa panjang yang lebih berkesan dalam menangani isu yang melibatkan getah di Malaysia. Saya usulkan agar wujud mekanisma bayaran tetap kepada penoreh getah minima RM1200/sebulan supaya dapat menjamin pengeluaran hasil getah yang lebih baik di masa akan datang.

Dengan wujudnya mekanisma ini akan membantu penoreh getah dengan jaminan pendapatan minimum walaupun dalam keadaan pengeluaran getah yang merudum sebagai sumber pendapatan. Tambahan pula, dalam mengambil kira setiap faktor yang mempengaruhi jumlah pengeluaran getah seperti iklim dan cuaca, penoreh mempunyai minimum pendapatan sebagai jaminan.

Cadangan bayaran tetap bulanan untuk penoreh getah ini bukanlah cadangan yang baru. Pada tahun 2003, Kesatuan Kebangsaan Ladang (NUPW) yang ditubuhkan pada tahun 1954 berpendapat perlu wujud pendapatan bulanan sebagai jaminan kepada penoreh getah.Kita mesti memulakan proses sumber penyelesaian pendapatan jaminan berterusan dan holistik untuk mereka yang di dalam industri getah.

Tuntasnya, Malaysia menjana pendapatan melalui pengeluaran getah asli yang strategik,namun keadaan semasa penoreh getah di negara kita adalah tidak boleh diterima sama sekali. Keadaan di mana masih ada dalam kalangan keluarga penoreh getah yang kekurangan zat nutrisi dan terus menerus terperangkap dalam kemiskinan. Situasi ini harus dihentikan dengan kadar segera dan ini boleh berlaku jika dan hanya jika kerajaan komited dalam pelaksanaan dasar semasa dan membanteras mereka yang mengaut keuntungan berlebihan, mengumumkan projek mega, dan seperti kerajaan negeri Kedah yang dengan gah mengumumkan negeri mereka sebagai The Rubber State tetapi tidak berupaya menjaga kebajikan penoreh getah secara keseluruhan [6].

Rubber Industry Smallholder Development Authority (RISDA) bertanggungjawab dalam membangunkan industri getah ini wajar untuk sama-sama mendokong usaha mencari solusi kepada isu yang dibangkitkan bagi memastikan pembangunan industri getah tanah air dapat terlaksana.

Nurul Izzah Anwar 
Ahli Parlimen Lembah Pantai 
Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya KEADILAN

[1]http://www.mrepc.com/industry/industry.php 
[2] www.lgm.gov.my/nrstat/nrstats.pdf pg.13 refer to the Rubber Production Statistic. 
[3]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/rubber-prices-so-low-tapper-has-to-turn-to-neighbours-for-food#sthash.tiVgWXet.dpuf
[4] Indeks Kemiskinan Pelbagai Demensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes Di Daerah Baling. Kedah. UKM
[5]http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/40387-suarakan-pembelaan-terhadap-penoreh-getah
[6]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/rubber-prices-so-low-tapper-has-to-turn-to-neighbours-for-food#sthash.tiVgWXet.dpuf


Guarantee Monthly Minimum Income for All Rubber Tappers​

Malaysia is now the world’s sixth largest producer of Natural Rubber after Thailand, Indonesia, Vietnam, China and India. We remain the leading supplier for latex medical gloves (examination and surgical gloves) – fulfilling more than fifty percent of global demand.

We are a country that exports rubber worth RM 15 billion a year. But the lowest end of the rubber food chain, ordinary Malaysian rubber tappers, continue to suffer. They barely survive in an environment deeply dependent on fluctuations of global rubber prices.

Malay Mail online reported that rubber tappers in Kaki Bukit are struggling to make ends meet with the drop in rubber prices to RM1.60 per kilo of rubber cup lump (in Peninsular) and RM1.30 (East Malaysia). This downward trend is compounded by the malnutrition rife among the people of Baling and other rubber tapping communities.

Currently, there is an existing government scheme, the Insentif Pengeluaran Getah (IPG) to ensure that the earnings of rubber smallholders do not fall below the poverty line.

However, it only kicks in when rubber prices per cup lumps are below RM2.20, which was around RM 1.75 to RM 1.80 [5].

Furthermore, the waiting period for this scheme has been reported to exceed 30 days for each application, with another 14 days waiting period for money to be transferred into the account.

This scheme only ensures that rubber smallholders’ incomes will be above the poverty line which is very low at RM763 in the Peninsular.

Already, Thailand has moved to help its rubber growers by buying their produce at a higher than global market price. Measures by the Thai government to assist rubber smallholders are worth THB 13 billion (RM3.64 billion) or THB 1,500 per rai (1,600 sqm) – higher than the requested 1,250 baht per rai by Thai rubber farmers. The Thai subsidy far surpasses the RM100 million allocated in Malaysia’s 2015 budget for the Insentif Pengeluaran Getah ( IPG ).

As such, I move to suggest a more permanent long term solution, that the government immediately take action to ensure that there is a provision of a guaranteed minimum monthly income for rubber tappers at RM1,200 per month.

This will help to provide smallholders with a guaranteed minimum level of income when rubber production fails to generate satisfactory earnings. Thus, if on account of rain, weathering of trees or poor yields – all factors outside labour’s control and monthly earnings threaten to fall below RM1,200, the workers are assured of the stipulated minimum threshold income.

The proposal for a guaranteed monthly income for rubber tappers is not new. Back in 2003, The National Union of Plantation Workers (NUPW) argued for a guaranteed monthly income. We must begin the process of sourcing a holistic safety-net income solution for the lowest common denominator of the rubber industry.

NR is of strategic importance to the country gniven the country’s exports of rubber products. Yet, the current state of our rubber tappers is beyond belief – some remain malnourished and continue to be mired in poverty. This has to stop, and it begins with a shift from the current fixation on the interests of profiteers, rentiers and mega projects, such as the recently announced Kedah ‘Rubber City’, to ordinary Malaysian rubber smallholders and tappers [6].

The Rubber Industry Smallholder Development Authority has to do more to ensure that the longstanding problems of smallholders do not continue to be another stain on the country’s development.

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
VICE PRESIDENT AND ELECTION DIRECTOR, KEADILAN

[1]http://www.mrepc.com/industry/industry.php 
[2] www.lgm.gov.my/nrstat/nrstats.pdf pg.13 refer to the Rubber Production Statistic. 
[3]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/rubber-prices-so-low-tapper-has-to-turn-to-neighbours-for-food#sthash.tiVgWXet.dpuf
[4] Indeks Kemiskinan Pelbagai Demensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes Di Daerah Baling. Kedah. UKM
[5]http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/40387-suarakan-pembelaan-terhadap-penoreh-getah
[6]http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/rubber-prices-so-low-tapper-has-to-turn-to-neighbours-for-food#sthash.tiVgWXet.dpuf