Skip to main content
AntarabangsaParliamentPolitik

Dapatan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) – Kes Anwar Ibrahim dan Kes Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang

By 27 October, 2015February 18th, 2020No Comments

Kes Anwar Ibrahim (MAL/15)

Kesatuan Parlimen paling besar di dunia (IPU) secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berasa khuatir dengan keputusan pengamat sidang mahkamah kes Anwar Ibrahim; di mana beliau sepatutnya didapati tidak bersalah mengambil kira kredibiliti penuduh, bukti DNA dan pelbagai bukti yang mencurigakan. Penahanan Anwar Ibrahim menyebabkan kesatuan pembangkang berpecah. Kesatuan ini berharap pihak berkuasa akan membenarkan Anwar Ibrahim dirawat oleh doktor pilihannya sendiri dan jika perlu untuk diberi pembedahan di luar negara. Kesatuan akan menyampaikan isu-isu ini kepada Kerajaan Malaysia dan memohon jawapan dari kerajaan.

 

IPU Page 1 IPU Page 2 IPU Page 3 IPU Page 4

Kes Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang (MAL/21-31)

Kesatuan Parlimen paling besar di dunia (IPU) secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan mengenai kes saya, YB Teresa, YB Surendran, YB Khalid, YB Teo Kok Seong, YB Tian Chua, YB Rafizi, YB Sivarasa, YB Sim dan YB Tony Pua. Skandal 1MDB telah menyebabkan ramai yang ditahan dibawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Hasutan. Kesatuan parlimen kecewa keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan Akta Hasutan dan berharap satu semak semula untuk memastikan hak asasi terpelihara. Kesatuan juga berharap peguambela negara untuk tidak meneruskan kes Akta Hasutan terhadap ahli parlimen dan mohon jawapan dari peguambela negara. Kesatuan sangat khuatir dengan tahanan dan siasatan terhadap ahli ahli parlimen pembangkang dimana ini melanggar hak mereka untuk ekspresi dan berkumpul. Kesatuan juga khuatir dengan Kod Penal Seksyen 124 yang sedang digunakan yang kami anggap terlalu luas dan kabur. Kami memohon pihak berkuasa untuk mengambil tindakan serius untuk meratifikasi Hak Asasi dan Politik Antarabangsa dan menggunakan kepakaran United Nations untuk memperbaiki dan melindungi hak berfikir dan berekspresi. Kami mohon jawapan dari pihak berkuasa.

IPU Sed1 IPU Sed2 IPU Sed3 IPU Sed4