Skip to main content
ParliamentSoalan Parlimen

Soalan-soalan Parlimen Penggal ke-5 Mesyuarat Ketiga 2012

By 24 September, 2012February 18th, 2020No Comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…

Berikut adalah soalan-soalan yang saya bangkitkan di dalam Sesi Parlimen Mesyuarat ke-3 bagi Penggal ke-5 ini.

Soalan Jawab Lisan

1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah bilangan orang yang menyertai rombongan Malaysia ke sukan Olimpik di London. Nyatakan senarai nama atlet dan jurulatih dan lain-lain.

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan :-

(a) statistik-statistik terbahagi yang jelas untuk jenayah yang berlaku pada lima tahun lepas ; dan

(b) peratus keseluruhan anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah dan usaha yang diambil menugaskan semula anggota polis dari Jabatan lain ke Jabatan Siasatan Jenayah

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan butiran-butiran skim pelindungan baharu yang diberi kepada anggota-anggota peronda Rukun Tetangga (RT) di mana di bawah skim insurans tersebut, sebanyak RM40,000 diperuntukkan untuk melaksanakan skim itu dan ianya dijangka akan bermula pada tahun depan.

4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan penjelasan mengenai lawatan Member of the Standing Commitee of the Central Bureau of the Communist Party of the People’s Republic of China yang dikatakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Parti Komunis dan menyatakan sama ada ini membuka pintu kepada Kerajaan dimasuki pengaruh komunis.

5. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah Kerajaan yang diambil bagi mengelakkan terjejasnya harga pasaran hartanah dan lebihan hartanah yang tidak dijual dengan pengumuman projek KLIDB dan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) memandangkan KLCC masih lagi mengalami 17 peratus kekosongan hartanah.

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa da Industri menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula pengurusan permit import kenderaan (AP) bagi penghapusan duti eksais kereta seperti yang diumumkan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

7. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan :-

(a) jumlah projek ‘sakit’ Kementerian dalam tempoh perancangan 2012-2013 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan jumlah kerugian yang dialami oleh Kerajaan akibat kelewatan; dan

(b) tindakan yang diambil terhadap kontraktor yang tidak menyempurnakan projek mengikut jadual.

8. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan senaraikan tanah-tanah yang bertaraf institusi yang wujud dan juga yang telah ditukar taraf seperti kes IPD Brickfields atas keputusan kabinet semenjak tahun 2000.

9. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran menyatakan penjelasan mengenai bilangan graduan yang telah berjaya menemui pekerjaan selepas mendaftarkan diri ke dalam program Skim Latihan 1Malaysia yang dilancarkan pada 1 Jun 2011 dan sektor terbesar yang tela menerima para pekerja dari program tersebut.

Soalan Bertulis

1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan jumlah surat tawaran Skim Pembiayaan Khas PPR-MTENDPA DBKL Fasa 1 yang telah diedar mengikut lokasi dan kawasan Parlimen. Nyatakan juga jumlah yang menolak surat tawaran dan sebab-sebab yang diberikan.

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan penjelasan tentang perjanjian khas mengenai pembekalan bahan api antara MAS dan Petron Sdn Bhd yang terjamin boleh mengurangkan kerugian MAS sebelum ini.

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rasional Advanced Air Traffic Systems (M) mendapat projek KLIA2 walaupun syarikat tersebut telah kalah dalam bidaan untuk mendapat kontrak itu.

4.  Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sebab Malaysia telah bersetuju kepada syarat-syarat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPFTA) yang memberi hak istimewa kepada pelabur-pelabur asing dan syarikat-syarikat swasta dan menghadkan kuasa Kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang pengendalian syarikat-syaikat ini.

5.  Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Syarikat Sapura berjaya menepati kesemua spesifikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam projek Network Centric Operations (NCO).